Definisi Kraftangan di sabah
Sabah
merupakan negeri kedua terbesar di dalam malaysia,sabah terletak di
utara pulau borneo. Gelaran negeri di bawah bayu,sabah
memiliki kelebihan dari pelbagai aspek kehidupan masyarakat . Sabah
tidak sahaja kaya dengan keindahan semulajadi malah kaya dengan
kebudayaan dan kesenian masyarakatnya.Masyarakat majmuk di
sabah membolehkan kita menikmati keunikan dan keindahan yang terdapat di
sabah.Walaupun sabah kaya dengan kesenian dan kebudayaan terdapat juga
perbezaan yang ketara antara satu sama lain .
Fungsi
kraf tangan yang di miliki masyarakat asli di sabah asalnya bertujuan
untuk melindungi/berteduh,menutup tubuh dan mencari makanan dengan cara
yang terbaik sekali .
Mereka
menghasilkan pelbagai jenis barangan tetapi lebih menumpukan kepada
fungsi barang tersebut tidak kepada perhiasan . Benda-benda yang di
hasilkan meliputi kelengkapan rumah,alat buruan,alat pertanian dan
upacara ritual atau keagamaan. Penghasilan kraf tangan mereka bergantung
kepada sumber alam semulajadi dan keperluan dari budaya mereka.
Kraf
tangan yang dihasilkan oleh penduduk dari berbagai-bagai budaya
mempunyai jenis-jenis yang luas. Sebagai contoh, penduduk pesisiran
pantai yang penghidupannya bergantung pada laut telah menghasilkan alat
yang berbeza dari penduduk pedalaman yang masih mengamalkan penanaman
padi huma atau padi sawah dan memburu serta menangkap ikan sungai.
Perbezaan juga wujud di antara kebudayaan kebendaan penduduk yang
mengusahakan padi sawah dan padi huma. Perbezaan bukan sahaja terdapat
pada alat-alat ‘utilitarian’ tetapi juga benda-benda ritual, alat-alat
muzik dan ciri-ciri kebudayaan kebendaan yang lain.
Jenis-jenis kraftangan
Rotan
Rotan
merupakan sumber hutan bukan kayu yang mempunyai pelbagai fungsi dalam
pembuatan kraftangan dan perabot. Melalui sumber ini boleh digunakan
untuk menghasilkan barangan yang bermutu dan mempunyai nilai yang tinggi
di pasaran. Rotan berasal dari Famili Palme dan dikelaskan dalam kumpulan yang terbesar iaitu parafamili calamoideae.
Ia mempunyai batang berduri dan memanjat tetapi terdapat juga jenis
yang tidak memanjat. Terdapat 13 genus rotan di dunia iaitu Calamus,
Daemonorops, Karthalsia, Plectocomia, Plectocomiopsis, Myrialepis,
Ceratolobus, Calospatha, Pogonotium, Retispatha, Laccosperma,
Eremospatha, dan Onecocalamus. Hampir 600 jenis rotan
dihasilkan daripada 13 genus ini. Daripada 107 jenis rotan yang ditemuai
di Semenanjung Malaysia, hanya 20 jenis sahaja yang dikenal pasti
kegunaannya serta mempunyai nilai komersil. Antaranya ialah rotan manau (Calamus manau), rotan matang atau dikenali juga sebagai rotan
dok (C. ornatus), rotan manau tikus (C. tumidus), rotan semambu (C.
scipionum), rotan dahan (Karthalsia sp) dan rotan sega (C. caesius).
Ciri-ciri rotan ialah ringan, kuat dan mudah dibentuk, serta murah.
Keistimewan rotan ialah cepat tumbuh serta dianggap lebih mendatangkan
keuntungan berbanding dengan perabot yang diperbuat daripada bahan kayu.
Selain memiliki kekuatan, rotan juga lebih ringan dan mudah untuk
dipindahkan. Rotan memberi sumbangan ekonomi melalui pemprosesan perabot
dan kraftangan. Antara perabot yang dihasilkan ialah kerusi, meja,
katil, serta perkakas dapur. Rotan jenis belah biasanya digunakan untuk
mengayam tikar ataupun lapik.
Buluh
Seperti rotan, buluh juga merupakan antara sumber utama dalam penghasilan kraftangan. Buluh berasal dari famili rumput (Graminea) dan dikelaskan dalam parafamili Bambusae.
Ia merupakan rumput yang terbesar di dunia dan boleh mencapai
ketinggian 40m dengan batang sebesar 30cm. Terdapat 75 genus dan
sebanyak 1250 jenis tersebar di seluruh dunia. Pada masa dahulu, buluh
dianggap sebagai rumpai di dalam hutan, tetapi sekarang ia dikenali
sebagai tumbuhan yang mempunyai pelbagai kegunaan. Industri perabot dan
kraftangan buluh telah berkembang maju pada masa kini. Buluh yang
mempunyai serabut dengan purata panjang 3.45mm boleh menghasilkan kertas
seperti pokok kayu konifer di negara berhawa sederhana. Di Malaysia,
terdapat dua jenis buluh yang digunakan untuk menghasilkan kertas iaitu Dendrocalamus giganteus (Giant bamboo) dan Dendrocalamus asper (Asper).
Kegunaan buluh yang lain adalah juga boleh ditanam untuk mengawal
hakisan tanah kerana ia dapat hidup dengan baik di kawasan yang mungkin
menimbulkan masalah untuk tanaman lain. Ia mengeluarkan banyak rizom
yang dapat menghasilkan daya pengikat tanah yang kuat. Bak kata pepatah
Melayu ‘seperti aur dengan tebing’. Buluh juga digunakan dalam pembinaan
rumah sebagai rangka atap dan dinding, bakul sayur, batang colok, reban
atau kandang binatang ternakan serta menguat konkrit dalam pembinaan
jalan raya. Buluh juga dijadikan sebagai hiasan dan juga bonsai.
SENI TIKAR
Seni
tikar merupakan satu jenis anyaman dan tradisi yang tidak mempunyai
pengaruh luar. Seni anyaman yang sering dikaitkan dengan tikar bermula
pada zaman dahulu kala dan kebanyakan hasilnya digunakan untuk pakaian,
atap, tali dan keperluan kehidupan. Bahan asas yang paling awal
digunakan untuk menghasilkan anyaman ialah akar dan rotan. Seni anyaman
ini juga merupakan salah satu kreativiti masyarakat pada zaman dahulu
untuk memanfaatkan sumber alam seperti buluh dan rotan untuk dijadikan
sebahagian daripada keperluan hidup mereka. Seni anyaman sesuatu yang
tidak dapat dipisahkan daripada cara hidup tradisional masyarakat di
nusantara. Daripada tikar kepada dinding pelindung kediaman, hasil kerja
menganyam membentuk persekitaran hidup yang boleh dilihat di mana-mana.
Keadaan ini tidak menghairankan kerana tumbuh-tumbuhan tropika yang
diperolehi di hutan-hutan banyak yang sesuai untuk dijadikan bahan
anyaman. Keseluruhannya, kemahiran asas dalam seni anyaman tidak banyak
berbeza dan cuma bergantung kepada jenis tumbuhan yang dijadikan bahan
anyaman. Antara tumbuh-tumbuhan yang paling banyak digunakan dalam seni
anyaman ialah buluh, mengkuang, rotan, ribu-ribu dan lidi yang boleh
diperolehi daripada hutan. Perbezaan ciri tumbuh-tumbuhan ini
menghasilkan pelbagai bentuk dan barangan seni anyaman. Menurut Siti
Zainun (1986), dalam buku Reka Bentuk Kraf Tangan Melayu Tradisi,
semasa zaman pemerintahan Long Yunus di negeri Kelantan (1756-1794),
penggunaan anyaman digunakan oleh raja di mana anyaman tersebut
dipanggil ‘Tikar Raja’ yang diperbuat daripada pohon bemban. Revolusi
penggunaan tikar sejak zaman dahulu dapat dilihat melalui penggunaan dan
penghasilan seni tikar ini yang mana hierarki bawahan dalam sistem
masyarakat menjadikan penghasilan tikar ini sebagai punca atau sumber
ekonomi mereka. Sehingga kini menjelang era globalisasi terdapat lagi
beberapa negeri masih aktif menjalankan kegiatan anyaman di peringkat
kampung. Di peringkat negeri pula, negeri yang masih mengamalkan seni
anyaman ialah Negeri Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan,
Pahang, Melaka, Sabah dan Sarawak. Kesinambungan untuk memartabatkan
seni anyaman tikar ini selari dengan hasrat kerajaan untuk memartabatkan
lagi seni tradisional Malaysia untuk diangkat ke peringkat antarabangsa
sebagai salah satu tonggak warisan negara bagi menunjukkan identiti
negara Malaysia yang mempunyai seni dan kreativiti tersendiri yang perlu
ditonjolkan untuk ikutan masyarakat dunia.
Kelebihan Kraftangan
Kesimpulannya, pelancongan terbukti
mendatangkan pelbagai faedah kepada pembangunan negara. Semua
pihak perlu bahu-membahu bagi memastikan impian negara untuk menjadi destinasi
pelancongan utama di dunia dan rantau ini terus subur. Pihak kerajaan
terutamanya haruslah sentiasa melipatkan gandakan usaha mempromosikan Malaysia secara kerap agar negara Malaysia akan
lebih dikenali. Selain itu, pelancongan juga mampu menjana
ekonomi negara yang agak lembap sejak akhir-akhir ini. Hal ini boleh
diibaratkan seperti “serampang dua mata”. Oleh itu, kita
berharap agar matlamat negara untuk terus menjadi destinasi pelancongan
antarabangsa akan berterusan. jelaslah bahawa pelancongan adalah satu
industri yang
sangat penting untuk jangka masa pendek mahupun jangka masa panjang.
Penutup
kraftangan merupakan aset terpenting dalam industri pelancongan dalam setiap negara, oleh itu dengan adanya kraftangan dapat menaikkan mata wang negara bukan itu saja tetapi dapat memperkenalkan kepada warga asing tentang seni asli.